JKR Daerah Bentong

LOGO JKR

Logo JKR mencerminkan semua bidang kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada jabatan ini. Maksud-maksud bagi objek dalam Logo JKR adalah seperti berikut:-

Garisan lekuk hitam di bahagian bawah melambangkan kerja air di samping mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang dinamik.

  Garisan tebal hitam berbentuk arca melambangkan kerja jambatan di samping mengambarkan JKR pada dasarnya menjalankan semua kerja-kerja kejuruteraan.

  Garisan lurus hitam di atasnya melambangkan kerja-kerja jalan yang menjadi tanggungjawab pihak JKR untuk membina, menyelenggara dan menjaganya.

  14 garisan hitam melambangkan kerja bangunan disamping mencerminkan 14 bilangan negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Warna-warna pada Logo JKR ini juga mempunyai maksud-maksudnya yang tersendiri iaitu :-

Kuning (ICI 456) : Melambangkan kedewasaan atu kematangan untuk mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang paling lama ditubuhkan di samping menunjukkan imej yang paling matang dalam mencapai objektifnya.

Hitam (ICI 122) : Melambangkan kekukuhan atau perpaduan sebagai satu ciri di kalangan cawangan-cawangan di dalam pengendalian projek-projek.

Kelabu (ICI 105) : Melambangkan sikap rendah diri dalam perkhidmatan di kalangan pekerja-pekerja di JKR.