JKR Daerah Bentong
HARI BERTEMU PELANGGAN
 

"Hari Bertemu Pelanggan" merupakan satu program baru yang diperkenalkan bermula pada bulan April 2006. Program ini merupakan salah satu usaha meningkatkan mutu perkhidmatan terhadap orang ramai. "Hari Bertemu Pelanggan" diadakan pada setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan bertempat di bilik mesyuarat JKR Bentong. Pada hari tersebut orang ramai boleh datang untuk mengemukakan sebarang masalah atau aduan berkaitan dengan bidang kuasa JKR Bentong.