JKR Daerah Bentong

Pengenalan

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Justeru itu kami di JKR Bentong menyambut baik seruan kerajaan dalam membaiki taraf perkhidmatan sektor awam dengan menjadikan Inovasi sebagai satu teras untuk kami melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

 

Proses

Di JKR Bentong kami implementasikan inovasi di dalam dua bidang kerja perkhidmatan kami iaitu :

A. PENGURUSAN melalui langkah penambah baikan terhadap suasana pentadbiran agensi bertujuan membaiki mutu perkhidmatan dan melahirkan kakitangan yang proaktif, inovatif dan efisien.

B. PROJEK melalui kumpulan yang ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk menghasilkan produk-produk yang dapat mengatasi masalah atau kekurangan produk sedia ada di pasaran.

 

Hasil

Antara penambah baikan yang dilakukan dalam pengurusan :

1. Perpindahan Pusat Pentadbiran

2. Mewujudkan Laman Web

3. Menghasilkan e-Aplikasi

4. Mengamalkan Konsep 'Power Efficiency' Dan 'Green Building'

5. Program 5S

 

Antara produk yang dihasilkan oleh Kumpulan KIK  :

1. Penanda Aras Banjir

2. Flexible Post