JKR Daerah Bentong

LATAR BELAKANG JKR BENTONG

 

jkrbtg2 jkrbtg1

 

Jabatan Kerja Raya daerah Bentong telah diterajui oleh seramai 22 orang Jurutera Daerah yang terdiri dari pelbagai bangsa sejak ia mula ditubuhkan pada 1957. Kini JKR Bentong telah di terajui oleh En. Roslan Bin Ismail yang memulakan tugasnya sebagai Jurutera Daerah di JKR Bentong bermula pada Julai 2014. Beliau adalah Jurutera Daerah yang ke 22 bertindak sebagai Ketua Jabatan di JKR Bentong.

Pejabat asal JKR Bentong adalah terletak di bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Bentong yang mana binaan bangunan itu terdiri dari struktur binaan kayu. Pada tahun 1982 pentadbiran JKR Bentong telah berpindah ke bangunan baru iaitu di tingkat 4 Wisma Sri Bentong dan sekali lagi berpindah pada tahun 2007 di pejabat sendiri yang terletak di Kg. Baru.

Jumlah kakitangan JKR Bentong adalah seramai 112 orang yang terdiri daripada 12 orang kakitangan Persekutuan  dan 100 orang kakitangan Negeri.